Monday 2 November 2015

Memikir dan Terfikir

Sedang aku sibuk membuat kerja yang banyak di tempat kerja.
Sedang membuat kad matrik pelajar-pelajar tahfiz .
Sambil dengar lagu "kupu-kupu cinta-sigma" di headphone.

Tiba-tiba..

Aku memikirkan si dia.
Aku memikirkan aku akan bersama dia satu hari nanti 
Emosi aku berubah menjadi gembira.
Aku memang inginkan dia sebagai teman hidup ku.
Alangkah indahnya kalau aku ada dengan dia setiap hembusan nafas ku.
Melihat wajahnya sudah cukup buat aku gembira.
Tidak boleh aku gambarkan bertapa sayangnya aku padanya.
Kalau di ikut kan hati rasa nak meminang je dia sekarang.
Sebab itu memang cita-cita kami.

Tapi..

Aku terfikir sesuatu.
Semasa aku buat kad matrik tahfiz, aku lihat wajah pelajar tu setiap sorang.
Aku terfikir.
Mereka ini penghafaz Al-Quran.
Mereka juga soleh.
Lagi bagus dari aku.
Lagi terpimpin.
Siapakah aku ?


Pada masa itu.
Aku bingung memikirkannya.
Tersentak.

Layakkah aku untuk dia ?
Layakkah aku untuk menjadi pemimpin keluarga yang akan dibina kelak?
Layakkah juga aku untuk membimbingnya dia nanti ?

Layakkah aku ?


Aku perlu berazam untuk menjadi terbaik dan terbaik.
Untuk masa depan aku.
Masa depan aku dengan dia. Insya Allah 

selepas dari itu aku teruskan buat kerja aku seperti biasa dan masih lagi memikirnya sehinggakan hari aku tidak menentu dan rasa kosong.

Bersambung...



Thursday 27 August 2015

Seorang Yang Berdiri Sambil Berfikir

Aku adalah manusia
Manusia yang tidak punyai apa-apa

Aku
Aku adalah pendosa di dunia ini
Kalau di bedakan aku dengan pembunuh di dunia ini
Aku lebih dasyat doasanya
Jangan berani berkawan dengan aku
Kerana aku takut nanti aku tarik kamu ke jurang dosa ini
Aku terlalu teruk
Aku lagi teruk dari orang membuat dosa
Kerana mungkin mereka jahil tentang dosa
Tetapi aku melakukan dosa dalam keadaan aku sedar

Allah...

Terimakah Engkau pada hambaMu ini?
Cukupkah usia aku ini untuk menghapus dosa-dosa ku ini?
Adakah Engkau terima ibadat aku sebelum ini?
Adakah Engkau terima taubat ku ini?
Akankah aku menjadi penghuni nerakaMu?

Allah....

Bilakah Engkau menjemputku?
Aku belum bersedia untuk bertemu Mu dengan dosa yang sebanyak bintang-bintang d langit dan seluas alamMu ini
ALLAHURABBI.....